Saturday, April 16, 2016

SELAMAT DATANG KE BLOG GMPN - GERAKAN MERAH PEJUANG NEGARA


GERAKAN MERAH PEJUANG NEGARA
(GMPN)

NEGERI SEMBILAN
MALAYSIA



BARISAN KEAHLIAN ANGGOTA GMPN  YANG DIKETUAI OLEH MEJAR (B) RAZALI BIN ZAKARIA BERSAMA SAMA PENAUNGNYA  YB tAN SRI DATUK SERI UTAMA HJ. MOHD ISA BIN SAMAD BERGAMBAR  DI HARI TERBUKA GMPN DAN MESYUARAT AGUNG GMPN YANG PERTAMA PADA 22 DISEMBER 2015 DI SEMBAN, NEGERI SEMBILAN.


ASSALAMUALAIKUM

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
Gerakan Merah Pejuang Negara@GMPN adalah Nama Rasmi bagi Pertubuhan Gerakan Merah Pejuang Negara Negeri Sembilan, Malaysia adalah sebuah pertubuhan berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) juga sebagai sebuah 'Non Government Organisation'@NGO yang bergiat secara cergas dan berhemah di dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan.

GMPN adalah suatu wacana perjuangan agama, bangsa dan negara yang memperjuangkan kebebasan hak rakyat Malaysia bergiat di dalam aktiviti Sosial yang Sihat dan Bermunafaat kepada melahirkan Modal Insan yang mampu memimpin masyarakat dan keluarga serta kelompok NGO lain terutama di Negeri Sembilan khasnya dan di Malaysia amnya.




Bermotivari serta misi dan visi mempertahankan hak sahsiah masyarakat majmuk daripada golongan Anti-Sosial dan memudaratkan bangsa , agama dan negara. GMPN juga menjalankan kerja kerja kebajikan seperti membantu masyarakat yang tidak bermampuan dan juga dilanda bencana sepertimana yang berlaku di Kelantan iaitu banjir terbesar di abad ini diman GMPN terlibat mengumpulkan sumbangan orangramai dan menguruskan penghantaran ke kawasan bencana.

GMPN juga berpegang kepada prinsip 1Malaysia dan Masyarakat Majmuk yang dianjurkan sepertimana di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan memastikan tiada kacauganggu yang memungkinkan pepecahan kaum dan perbalahan serta rusuhan kaum yang dicetuskan oleh golongan tertentu yang bersikap Anti-Nasional.




Semangat juang yang ditanam di sanubari setiap anggota@ahli GMPN adalah hasil pimpinan Presidennya iaitu YBhg. Tuan Mejar (B) Razali Bin Zakaria (Seperti foto di atas - berkacamata gelap) yang juga bekas Pegawai Tentera dibawah Regimen Askar Melayu DiRaja Briged 510 yang berpengalaman sebagai perajurit negara selama lebih 20 tahun mempertahankan kedaulatan tanahair daripada ancaman komunis dan anasir luar yang cuba mengganggugugat keamanan dan keselamatan negara. Beliau juga adalah Pengasas GPNM yang merupakan Pertubuhan asal kepada GMPN.

Beliau juga bergiat aktif di dalam bidang Politik - Sebagai Ketua UMNO Cawangan Senawang Bandar juga pernah menjawat jawatan AJK UMNO Bahagian Rembau yang diterajui oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hassan. Beliau juga adalah Yang DiPertua Koperasi KOSABAN di Senawang, Negeri Sembilan. Justeru sebagai salah seorang Pemain Utama serta Pengasas #GerakanMerah diperingkat Nasional, banyak memberi pengalaman dan rentetan kehidupan  terutamanya di dalam Kebangkitan  Umat Melayu pada 16 September 2015 di dalam Himpulan Melayu Bersatu@Kebangkitan Melayu yang berjaya mengumpulkan lebih kurang 300,000 Umat Melayu di dalam Perarakan daripada Bukit Bintang ke Padang Merbuk di Kuala Lumpur. Himpunan tersebut telah menzahirkan ketidakpuashatian dan amarah orang orang Melayu di dalam menegakkan Kedaulatan dan Ketuanan Melayu yang selama ini diperkotakkatikkan oleh bangsa lain di negara ini.

















    Pelbagai aktiviti telah dijalan dan dilalui telah mendewasakan Pertubuhan GMPN ini untuk menjadi suatu Pertubuhan Warisan dan akan ditinta di dalam lipatan sejarah tanahair. Semoga GMPN akan pergi lebih jauh menerokai ke seluruh pelusuk negara termasuk Sabah dan Sarawak sebagai Wacana Perjuangan anak Jati bumiputera dan Melayu sebagai penduduk asal negara ini dan di Nusantara ini. Doa kalian kami harapkan dengan ikhlas juga restu ALLAH SWT bagi penerusan perjuangan ini.

Sebagai Siaran Sulung, Pihak GMPN dengan rendah hati berlabuhkan tirai buat masa ini. Semoga akan bersambungan di masa yang terdekat ini. Insyallah. Allahuakbar 3X.


'TIADA SUMBANG LANGKAH PANGLIMA'
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH,


' HIDUP MELAYU, HIDUP ISLAM, HIDUP TANAH MELAYU "

WASALAM


ADMIN BLOG GMPN

bmt/GMB


1 comment:

Pihak Admin berhak memadamkan atau menolak mana mana komen yang tidak dianggap sesuai di dalam Blog ini. Terima Kasih. Admin Blog GMPN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...