Monday, April 18, 2016

MEMORANDUM BANTAHAN KE KEDUTAAN BESAR INDONESIA UNTUK MENDESAK KERAJAAN MALAYSIA DAN INDONESIA BAGI PEMBELAAN NELAYAN NELAYAN DAN BOT BOT YANG DIRAMPAS OLEH PIHAK BERKUASA INDONESIA

Sebagai meneruskan tuntutan ke atas beberapa orang Nelayan daripada Kawasan Sekinchan, Selangor serta beberapa buah Bot Nelayan pula dirampas oleh pihak berkuasa Indonesia kononnya dituduh menceroboh pengairan Indonesia sejak Bulan Mac yang lalu.
Seramai lebih daripada 500 orang wakil Nelayan dan Pertubuhan NGO telah berada di hadapan Kedutaan Besar Indonesia sejak pukul 1.30 tengahari sehingga lebih kurang 4.30 petang hari sebagai bantahan dan menghantar Memorandum ke atas Pihak Berkuasa Indonesia yang diketuai oleh Pengerusi Gabungan  NGO NGO Selangor Merangkap Pengerusi Gabungan NGO Malaysia YBhg. Dato' Jamal Mad Yunos bersama Timbalan timbalannya iaitu Dato' Abdul Rahim Ibrahim dan Mejar (B) Razali Zakaria bersama sama anggota dan ahli NGO yang lain telah berada bersama masyarakat dan keluarga nelayan yang terlibat di dalam tunjuk perasaan tersebut.
Setelah Dato' Jamal dan salah seorang wakil nelayan bersama Wakil MCA  telah dibenarkan memasuki Pejabat Kedutaan Indonesia pada pukul 3.00 petang untuk menyampaikan Memorandum ke tangan Bapak Duta Besar Indonesia sendiri.
Selama lkurang 1 jam kira kira pukul 4.00 petang Dato' Jamal dan wakil wakil Nelayan serta MCA telah keluar daripada Pejabat Kedutaan Indonesia dan seterusnya hadir untuk Sidang Akhbar selama lkurang setengah jam.
Himpunan tersebut berkhir pada pukul 4.30pm. Ulasan seterusnya akan akan menyusul. Tkasih.
Admin
Gerakan Merah
Bmt/GNM

LINK ALBUM FOTO KOLEKSI GMPN : 

<iframe src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FBAHATAHA%2Fposts%2F1075759269147916&width=500" width="500" height="716" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowTransparency="true"></iframe>


No comments:

Post a Comment

Pihak Admin berhak memadamkan atau menolak mana mana komen yang tidak dianggap sesuai di dalam Blog ini. Terima Kasih. Admin Blog GMPN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...